Pertama kali Cik Hezleen pergi ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini merupakan hari pembukaan HKK 2015.
HKK kali ke-13 disertai lebih 600 usahawan kraf seluruh Malaysia yang menampilkan keunikan produk seni kraf tempatan traditional hingga kontemporari.
Sambutan selamat datang, ada iringan muzik tradisional lagi
Sebahagian warisan budaya dari Sabah
Tak dapat masuk Istana Negara yang lama,bergambar dekat sini pun ok. Lawak kawan aku yang tengah tu,nama dia Zeky @ Nur Zakiah.
Kalau tak kecoh atau bergaduh mulut buka Diya nama nya @ Radiyawati. Nak tahu yang mana? Haaaa.. Yang tudung putih tu. Diya juga lah penyeri kami, comel bukan!
Banyak lagi sebenarnya gambar, macam nak masukkan semua. Pelbagai aktiviti HKK kali ke-13 pasti memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kita sebagai pengunjung.
Pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga di samping membeli-belah pelbagai produk seluruh malaysia. Termasuk hasil tangan produk perkahwinan serta pelbagai perkhidmatan untuk pasangan bakal pengantin baru.
No comments:
Post a Comment